image5 image6 image7 image4 image

Profil Skuad Pengguna

Print

KUALA LUMPUR: Kumpulan Rakan Pengguna yang ditubuhkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi memantau harga barangan dan perkhidmatan dijenamakan semula sebagai Skuad Pengguna untuk memantap dan meningkatkan keberkesanan fungsinya di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peranan Rakan Pengguna sebelum ini terlalu longgar dan kurang berkesan walaupun ramai ahli dan penjenamaan semula diharap mampu menjadikan mereka mata dan telinga KPDNKK dengan lebih efektif.

Beliau berkata, pembabitan dan keahlian Skuad Pengguna juga akan diluaskan kepada persatuan yang mempunyai pengaruh besar di negara ini termasuk CEUPACS.

“Jika dulu keahlian Rakan Pengguna membabitkan penyertaan sukarela individu dan sekarang dibuka kepada persatuan dan pasar raya terkemuka seperti Giant, Jusco, Tesco dan Mydin di seluruh negara.

“Skop tugasan mereka juga lebih besar, bukan hanya memantau harga barangan tetapi juga menjaga keseimbangan alam sekitar seperti mengurangkan penggunaan beg plastik,” katanya selepas pelancaran Skuad Pengguna di sini, semalam.

Ismail Sabri berkata, setiap ahli akan diberi kad pengenalan diri yang turut memberi mereka kelebihan mendapatkan potongan harga di 36 koperasi yang mengambil bahagian.

“Kita akan kaji kemungkinan meluaskan pemberian potongan harga ini di premis lain juga, sebagai penghargaan kepada mereka yang berkhidmat sukarela membantu kementerian menguatkuasakan undang-undang,” katanya.
Sementara itu, mengulas hampir 43,000 ahli Rakan Pengguna, beliau berkata mereka akan diserap secara automatik sebagai ahli Skuad Pengguna.

“Kita sarankan mereka mendaftar dalam talian di laman web kementerian atau menghubungi pejabat KPDNKK berdekatan,” katanya.

Beliau berkata, kementerian juga menerima 11,271 aduan kepenggunaan sepanjang tahun lalu dengan penipuan perkhidmatan mencatatkan aduan tertinggi sebanyak 4,338 kes.

“Negeri paling tinggi membuat aduan ialah Selangor (2,417 kes) diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,773 kes dan 1,199 kes di Johor,” katanya.

-- Berita Harian

Pengumuman

Tiada Pengumuman Baru


Tiada Pengumuman Baru


Tiada Pengumuman Baru


Tiada Pengumuman Baru


Tiada Pengumuman Baru


Tiada Pengumuman Baru


Tiada Pengumuman Baru


Tiada Pengumuman Baru


Penerbitan & Rujukan

Buku Skuad Pengguna

Soalan Lazim