image5 image6 image7 image4 image

Profil Skuad Pengguna

Print

LATAR BELAKANG

  • SKUAD PENGGUNA dahulunya dikenali Sukarelawan Pemantau Harga (SPH) (2001-2006). Dikenali pula dengan nama RAKAN PENGGUNA (2006 – 2011) dengan objektif untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan.
  • Bagi memberikan nafas baru, kumpulan ini dijenamakan semula sebagai SKUAD PENGGUNA dengan tujuan untuk memantapkan dan meningkatkan keberkesanan fungsinya di seluruh negara.

MISI SKUAD PENGGUNA

  • Mewujudkan kumpulan masyarakat yang bertanggungjawab, bijak, peka, komited, proaktif dan berinformasi terhadap keseluruhan isu kepenggunaan
  • Memantapkan struktur organisasi dan rangkaian kerjasama sesama ahli SKUAD PENGGUNA seluruh Malaysia.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bersesuaian dengan peranan mereka sebagai sukarelawan dalam menjalankan aktiviti pemantauan.
  • Merangka dan melaksanakan aktiviti dan program kepenggunaan yang bersesuaian samada sesama ahli SKUAD PENGGUNA dan masyarakat setempat.
  • Membantu masyarakat setempat dalam memberi kefahaman berhubung saluran aduan pengguna kepada KPDNKK dan Kementerian / Agensi berkaitan.

RASIONAL SKUAD PENGGUNA

  • Untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang melalui kerjasama dan sokongan orang ramai.
  • Pengguna tidak boleh mengharapkan agensi Kerajaan sepenuhnya untuk melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan.
  • Penubuhan SKUAD PENGGUNA dapat mewujudkan jalinan kerjasama yang baik antara Kerajaan dengan rakyat bagi memantapkan usaha pemantauan harga barangan dan perkhidmatan.

Pengumuman

Tiada Pengumuman Baru


Tiada Pengumuman Baru


Tiada Pengumuman Baru


Tiada Pengumuman Baru


Tiada Pengumuman Baru


Tiada Pengumuman Baru


Tiada Pengumuman Baru


Tiada Pengumuman Baru


Penerbitan & Rujukan

Buku Skuad Pengguna

Soalan Lazim