X

English Malay
Semak harga barang menggunakan SMS. Taip KPDNKK HARGA AYAM TESCO PUCHONG, hantar ke 15888

KES TUNTUTAN TRIBUNAL PENGGUNA

January 25, 2012 oleh sysadmin   Ulasan (1)

KES AGENSI PELANCONGAN

En. Kamal menempah satu pelayaran percutian untuk keluarga beliau  dari Barcelona ke Turki melalui sebuah agensi pelancongan terkemuka di Kuala Lumpur. Setelah membuat bayaran sebanyak RM6,000.00 (RM2,000.00 seorang), beliau diberikan jadual pelayaran percutian dan maklumat terperinci mengenainya. Seminggu sebelum tarikh pelayaran, En. Kamal dimaklumkan bahawa ianya dibatalkan.

 

Sebagai ganti En. Kamal ditawarkan satu pakej pelayaran ke negara lain. Akhirnya, En. Kamal dan keluarga mengikuti pelayaran ke negara jiran Malaysia. Namun demikian, bayaran pakej ini adalah jauh lebih murah dari jumlah yang telah dibayar.

 

En. Kamal membuat permintaan secara bertulis kepada agensi pelancongan tersebut untuk mendapatkan baki wang beliau dan beliau dijanjikan pembayaran balik jumlah tersebut. Namun demekian selepas 6 bulan, En. Kamal masih belum menerima baki wang tersebut.

 

En. Kamal memfailkan tuntutan di pejabat TTPM.

 

Award  Borang 9 : Agensi pelancongan bersetuju membayar wang sebanyak RM3,000.00 (baki bayaran) dan kos sebanyak RM100.00 kepada En. Kamal.

Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 05 August 2008 )

TTPM WPKL ?

Muhammad Nor 114 hari yang lepas