LATARBELAKANG
- Rakan Pengguna dahulunya dikenali dengan Sukarelawan Pemantau Harga (SPH) telah diperkenalkan pada tahun 2001 dengan objektif untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan.
- Rakan Pengguna telah diberi penjenamaan semula dengan tujuan untuk memantap dan meningkatkan keberkesanan fungsinya di seluruh negara.
RASIONAL RAKAN PENGGUNA
- Untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang melalui kerjasama dan sokongan orang ramai
- Pengguna tidak boleh mengharapkan agensi kerajaan sepenuhnya untuk melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan.
- Penubuhan RAKAN PENGGUNA dapat mengwujudkan jalinan yang baik antara Kerajaan dengan rakyat bagi memantapkan usaha pemantauan harga barangan dan perkhidmatan.
VISI RAKAN PENGGUNA
Mengwujudkan pengguna berinformasi dan mempunyai semangat sukarelawan bagi membantu melindungi pengguna dari segala bentuk penyelewengan.
MISI RAKAN PENGGUNA
- Membangunkan struktur organisasi dan rangkaian kerjasama sesama ahli RAKAN PENGGUNA.
- Memberikan kemahiran bersesuaian dengan peranan mereka sebagai sukarelawan dalam menjalankan aktiviti pemantauan.
- Merangka dan melaksanakan aktiviti dan program yang bersesuaian.
OBJEKTIF RAKAN PENGGUNA
Mengwujudkan kumpulan masyarakat yang bertanggungjawab, bijak, peka, komited, proaktif dan berinformasi terhadap keseluruhan isu kepenggunaan.
GOLONGAN SASARAN RAKAN PENGGUNA
- Keahlian RP adalah terbuka kepada semua bangsa dan profesion yang berminat untuk berkhidmat secara sukarela dan komited untuk membantu memantau harga barangan dan perkhidmatan. Had umur menjadi ahli adalah pada umur 18 tahun hingga 60 tahun.
- Terdiri dari ahli NGO, kepenggunaan NGO, bukan kepenggunaan, pelajar university dan orang awam yang berminat menjadi ahli RP.
BIDANG TUGAS RAKAN PENGGUNA
- Memantau dan melapor trend harga barangan dan perkhidmatan pada bila-bila masa apabila timbul isu-isu semasa.
- Menyebarkan maklumat kepada para pengguna mengenai isu-isu kepenggunaan, seperti menyebarkan poster, risalah, brosur dan sebagainya.
- Menyertai aktiviti pemantauan bersama pegawai KPDNKK jika perlu.
FAEDAH MENJADI RAKAN PENGGUNA
- Dapat membantu ahli masyarakat di dalam meningkatkan perlindungan pengguna bagi kesejahteraan masyarakat.
- Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna mengenai trend harga barangan dan perkhidmatan di pasaran.
- Berkhidmat kepada masyarakat pengguna dengan memberi informasi dan maklumat melalui aktiviti pemantauan.
- Maklumat yang diberikan dapat membantu KPDNKK mengambil tindakan dengan cepat.
MAKLUMAT BERKAITAN
LATIHAN/SEMINAR
- Ahli RP akan diberi peluang untuk menyertai seminar dan bengkel yang dianjurkan oleh KPDNKK.
- Latihan mengenai aspek teknikal pemantauan akan diberi kepada ahli RP.
- RP yang aktif dan terlatih akan mengikuti training for trainers untuk melatih RP yang lain.