Anugerah Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Anugerah Kedai Harga Patut) telah dilaksanakan untuk pertama kalinya pada tahun 2003 susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 November 2002 supaya kedai-kedai yang menjual barangan tarikan pelancong pada harga berpatutan hendaklah mempamerkan logo 'Kedai Harga Patut'. Langkah ini bertujuan untuk menarik para pelancong bagi mengunjungi kedai-kedai berkenaan. Bermula pada tahun 2010, Jawatankuasa Anugerah telah membuat beberapa pindaan kepada format pelaksanaan anugerah ini bertujuan untuk memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk membeli belah dengan memilih kedai yang menawarkan harga barangan yang berpatutan dan perkhidmatan yang baik kepada mereka. Kumpulan sasaran juga tidak hanya tertumpu kepada pelancong dari luar negara sahaja tetapi juga pengguna dan pelancong tempatan.
Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia ialah premis perniagaan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia yang menjual barangan pada harga yang berpatutan dan berdaya saing setanding dengan kualiti barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti, menilai dan mengiktiraf premis perniagaan yang menjual barangan pada harga yang berpatutan dan berdaya saing setanding dengan kualiti barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan.
Program ini menggariskan beberapa objektif bagi mencapai impak positif terhadap kestabilan ekonomi negara iaitu:
Penyertaan dibuka di seluruh negara kepada premis perniagaan yang menjual barangan mengikut kategori berikut:
Tempoh permohonan untuk menyertai AKPR1M akan dibuka sepanjang tahun.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi : Urusetia Anugerah Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia Bahagian Pembangunan Perniagaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Aras 5 (Menara), No.13, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62623 PUTRAJAYA Faks : 03-8882 5826 Pegawai yang boleh dihubungi : - En. Asaari bin Zainuddin Tel : 03-8882 5767 asaari@kpdnkk.gov.my Puan Noraini binti Mohammed Tel : 03-8882 6200 norainimohammed@kpdnkk.gov.my Cik Nur Sabrina binti Akashah Tel : 03-8882 6201 sabrina@kpdnkk.gov.my Puan Rozitah binti Haron Tel : 03-8882 5774 rozitah@kpdnkk.gov
Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini