TERMA & SYARAT KEAHLIAN
Syarat Penyertaan Ahli SKUAD PENGGUNA
  1. Keahlian SKUAD PENGGUNA adalah terbuka kepada semua warga Malaysia yang berminat untuk berkhidmat secara sukarela dan komited untuk membantu memantau harga barangan dan perkhidmatan. Had umur menjadi ahli adalah pada umur 18 tahun ke atas.
Terma dan Syarat Keahlian SKUAD PENGGUNA
  1. SKUAD PENGGUNA adalah merupakan satu keahlian sukarela dan diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan, menjadi pemangkin kehidupan lestari, menjadi jurucakap kepada program-program kepenggunaan Kementerian dan menyampaikan maklumat kepenggunaan kepada masyarakat umum.
  2. Keahlian SKUAD PENGGUNA adalah terbuka kepada rakyat Malaysia dengan had umur untuk menjadi ahli adalah pada umur 18 tahun ke atas.
  3. Seseorang yang menjadi ahli SKUAD PENGGUNA TIDAK mempunyai kuasa bagi menguatkuasakan undang-undang KPDNKK.
  4. KPDNKK tidak akan menyediakan ganjaran atau balasan berbentuk wang tunai atau bayaran kepada ahli-ahli SKUAD PENGGUNA yang menyertai program / aktiviti / tugas yang dianjurkan melainkan kebenaran awal secara bertulis telah dikemukakan oleh KPDNKK / pihak penganjur kepada ahli-ahli SKUAD PENGGUNA.
  5. Penyalahgunaan nama SKUAD PENGGUNA untuk kepentingan peribadi / persatuan tidak dibenarkan sama sekali.
  6. KPDNKK berhak menamatkan keahlian SKUAD PENGGUNA pada bila-bila masa tanpa perlu memberi apa-apa sebab.
Bilangan Pelawat
Sejak : 01 November 2012

Pelawat Hari Ini : 5    Pelawat Minggu Ini : 347    Pelawat Bulan Ini : 1738

Sesuai dipaparkan menggunakan Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768
KPDNKK@2012 Hak Cipta Terpelihara