1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB)

  1. Apakah fungsi Portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB)?
    • Memberi saluran alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat-maklumat kepenggunaan.
    • Menyediakan platform kepada pengguna untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan secara interaktif melalui blog, laman sembang, ruang maklumbalas/komen dsb.
    • Menyediakan maklumat terkini harga barangan yang meliputi premis hypermarket, pasar raya, pasar basah besar, pasar basah kecil dan kedai serbaneka di seluruh negara.
       
  2. Apakah produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam portal 1MPB?
    • Perbandingan Harga (Paparan Harga)
    • Blog / forum / laman sembang
    • Menjadi Ahli Berdaftar / Rakan Pengguna
    • Aplikasi SMS – Semak Harga, SMS Aduan, SMS Tribunal
    • Informasi Kepenggunaan/ Tip-Tip Kepenggunaan
       
  3. Bagaimana hendak mendaftar sebagai ahli?
    Anda boleh menjadi ahli berdaftar Portal 1MPB melalui portal atau perkhidmatan SMS.
     
  4. Apakah faedah-faedah sekiranya menjadi ahli berdaftar kepada portal ini?
    Ahli berdaftar akan menerima beberapa kemudahan yang ditawarkan seperti:
    • Mata ganjaran bagi setiap kali daftar masuk ke portal.
    • Boleh melanggan harga barangan tertentu melalui perkhidmatan SMS.
    • Boleh mencipta dan menyimpan basket sendiri (senarai barangan)
    • Boleh mencipta blog / forum
       
  5. Apakah perkhidmatan SMS yang disediakan dan bagaimana kaedahnya?
    • SMS Semak Harga
    • SMS Aduan
    • SMS Tribunal
    • SMS Langgan Harga Barangan (Sila rujuk SMS Info untuk maklumat lanjut)
       
  6. Bagaimana membuat perbandingan harga barang melalui portal 1MPB?
    Klik aplikasi Paparan Harga -> Pilih Lokasi -> Pilih Jenis Premis -> Pilih Barangan -> Pilih Premis -> Klik Banding Harga
     
  7. Berapa bilangan barangan yang boleh dibuat perbandingan harga?
    Perbandingan harga boleh dibuat ke atas 355 barangan untuk hypermarket, 100 barangan untuk pasar raya, 50 barangan untuk pasar basah dan 100 barangan di kedai serbaneka 24 jam di seluruh negara.
Webmaster Polisi Privasi Terma Penggunaan Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0 dan Mozilla Firefox 4 dan keatas dengan resolusi 1280 x 720
Hakcipta 2015 © www.1Pengguna.com Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Jumlah Pelawat :

29,806,404

Pelawat Hari Ini : 50,859 Pelawat Minggu Ini : 640,131 Pelawat Bulan Ini : 1,712,256