Mengenai 1MPB

Portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) merupakan portal kepenggunaan yang interaktif dan berinformasi yang memberi manfaat kepada pengguna dalam mendapatkan panduan kepenggunaan. Portal ini merupakan saluran alternatif pengguna untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan melalui ruangan interaktif seperti forum, blog, laman sembang dan soal jawab bersama YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Pengguna juga boleh mengikuti perkembangan semasa harga lebih 100 barangan keperluan pengguna di seluruh negara melalui aplikasi Paparan Harga. Paparan Harga membantu pengguna merancang perbelanjaan secara bijak dengan membuat perbandingan harga dan mengetahui premis berhampiran yang menawarkan harga barangan berpatutan.

Portal ini juga menyediakan kemudahan perkhidmatan aplikasi SMS kepada pengguna seperti berikut:
  1. SMS Daftar Ahli Portal 1MPB
  2. SMS Semakan Harga Barangan
  3. SMS Langganan Harga
  4. SMS Aduan
  5. SMS Tuntutan Tribunal
Melalui portal 1MPB ini, pelbagai informasi dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh pengguna di Malaysia. Jadilah pengguna bijak!
Webmaster Polisi Privasi Terma Penggunaan Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0 dan Mozilla Firefox 4 dan keatas dengan resolusi 1280 x 720
Hakcipta 2015 © www.1Pengguna.com Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Jumlah Pelawat :

44,485,243

Pelawat Hari Ini : 4,116 Pelawat Minggu Ini : 34,378 Pelawat Bulan Ini : 78,339