1MALAYSIA MOBILE HAWKERS (1MMH)

Program di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ini dipertanggungjawabkan kepada KPDNKK selaku Ketua Projek dan melibatkan kerjasama strategik daripada pelbagai agensi-agensi Kerajaan. 1Malaysia Mobile Hawkers (1MMH) merupakan program khusus bagi mentransformasikan kaedah perniagaan bergerak sedia ada kepada konsep yang lebih moden berbentuk trak makanan (food truck). Program 1MMH ini telah dilancarkan dengan rasmi oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan dengan disaksikan oleh YB Menteri KPDNKK pada 24 Mac 2016 di Presint 2, Putrajaya.
 
 
Program Pelancaran 1MMH oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan dengan disaksikan oleh
YB Menteri KPDNKK pada 24 Mac 2016 di Presint 2, Putrajaya
 
 
1MMH dilaksanakan secara projek perintis di Putrajaya dengan penyertaan sepuluh (10) peserta yang melalui beberapa peringkat saringan antaranya temuduga penilaian peserta, pembentangan rancangan perniagaan, sesi uji rasa makanan dan pemilihan peserta bagi dana pembiayaan yang disediakan sebanyak RM50,000 setiap peserta berbentuk pinjaman tanpa faedah di bawah Skim Pinjaman Mikro-i 1Malaysia Mobile Hawkers yang disediakan oleh Kementerian.


 
Senarai Peniaga-Peniaga Food Truck Program 1Malaysia Mobile Hawkers (1MMH)
 
Nama Syarikat Jenama Perniagaan Menu Makanan Menu Minuman
SATU AZAM BERJAYA SERVICES ROTI JOHN CHEESE
PUTRAJAYA
  1. Roti John Cheese
  2. Roti Hamlet Cheese
  3. Burger
Air Buah-Buahan
MY GOLD RICH FOODSTERS
  1. Rojak
  2. Nasi Arab
  3. Kuih Muih
Cendol
ANS STATION ENTERPRISE WESTERN FOOD MANIA ANS STATION
  1. Chicken Chop
  2. Lamb Chop
  3. Spagetti
Bandung Cincau
MYMA RICH TRADING ROYYAL SATTEE
  1. Set Sate Authenthic Ayam/ Daging/ Kambing
  2. Nasi Sate Goreng
  3. Kueh Tiaw Sate Goreng
Jus Nenas
KIMCHILUXURY RESOURCES JINWON'S KITCHEN
  1. Yangnyeom Tongdak (Seasoned Fried Chicken)
  2. Teppokki (Spicy Rice Cake)
  3. Bulgogi Bokkumbap (Bulgogi Fried Rice)
Korean Iced Tea
DAYA MAJU TRADING & SERVICES KEBABOSS
  1. Kebab Ayam Teriyaki
  2. Kebab Daging
  3. Kebab Kambing
Coffee Bottle
STARFANA ENTERPRISE THE LEGEND BANDUNG
  1. Mee Bandung
  2. Soto
  3. Mee Rebus
Sirap Bandung
Killer
FAS BIZWORLD RESOURCES PAPARIZZO
  1. Cheesy Big Patty
  2. Cheesy Meatball
  3. Patty Kebab & Patty Tortilla
Fantasy Lime Juice
KAMPUNG LAUT SERUNDING HOUSE ENTERPRISE KELANTAN FREID CHICKLEN
  1. Kelantan Freid Chicklen (KelFC) + Fries
  2. Chicken Chop 4 Rasa
  3. Ayam Gunting KelFC
Kelfc Coffee
(Mocha, Espresso & Cuppucino)
ANIE NOOR RESOURCES ANIE NOOR NASI KERABU D'KLATE
  1. Nasi Kerabu
  2. Kerabu Maggi
  3. Laksam
Jus Kelapa Muda


 
Galeri FOOD TRUCK

  
  
  
  



Food Truck Hot Spots KPDNKK  dengan Kerjasama Kementerian dan Agensi Luar

Putrajaya Food Truck Hotspot di Parkir Kenderaan Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya
( Waktu Operasi : Isnin – Ahad / 5.00 Petang – 11.00 Petang )

 



1MYC Food Truck Hot Spot, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak (UPSI)

( Waktu Operasi : Isnin – Ahad / 6.00 Petang – 11.00 Petang )






MYHOTSPOT@PSAS, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, Perak

( Waktu Operasi : Dalam proses penjadualan operasi Food truck )
Webmaster Polisi Privasi Terma Penggunaan Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0 dan Mozilla Firefox 4 dan keatas dengan resolusi 1280 x 720
Hakcipta 2015 © www.1Pengguna.com Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Jumlah Pelawat :

45,090,632

Pelawat Hari Ini : 1,679 Pelawat Minggu Ini : 4,937 Pelawat Bulan Ini : 64,743