Terma Penggunaan

Dengan melayari dan menggunakan laman portal ini anda telah bersetuju dengan terma dan syarat penggunaan portal ini. Pihak KPDNKK dan 1MPB (kami) berhak untuk menukar terma dan syarat tersebut bila-bila masa sahaja. Anda bertanggungjawab untuk memahami maklumat umum terlebih dahulu dalam talian untuk menerima notis perubahan dari masa ke semasa.

Perkataan KPDNKK dan 1MPB atau kami adalah merujuk kepada pihak KPDNKK dan 1MPB iaitu pemilik laman portal ini.

Perkataan anda adalah merujuk kepada para pengguna laman portal 1MPB

Portal 1MPB dan KPDNKK tidak bertanggungjawab atas segala ketidaktepatan atau ketidakjituan dalam laman portal dan segala keputusan berdasarkan maklumat yang terkandung dalam laman web ini adalah tanggungjawab individu yang mengunjungi laman web ini. Portal 1MPB dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas segala akibat langsung atau tidak langsung dan segala akibat di atas penggunaan dari maklumat yang diperolehi secara terus atau tidak terus dari laman web ini.

Anda bersetuju tidak menggunakan laman portal ini untuk tujuan yang bertentangan dengan undang-undang, tidak melanggar hak atau menyekat kegunaan laman portal ini dari mana-mana pihak ketiga. Sebarang sekatan dan perlanggaran, penggunaan lebih had, penggunaan yang melanggar undang-undang atau mungkin menyebabkan ketidakselesaan dan tidak percaya kepada seseorang individu dan penyiaran bahan yang tidak sopan dan kesat atau gangguan kepada isi kandungan dalam laman portal ini.

KEGUNAAN PERSENDIRIAN: Segala maklumat di dalam portal 1MPB adalah untuk kegunaan persendirian dan tidak boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil. Segala maklumat di dalam portal ini adalah untuk kegunaan pendidikan kepenggunaan sertu tujuan rujukan sahaja.

HAKCIPTA: Hak cipta portal 1MPB dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan 1MPB dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada 1MPB dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) melainkan hanya bertujuan untuk kegunaan sendiri dan pendidikan kepenggunaan.

PAUTAN: Di dalam portal 1MPB ini telah diwujudkan pautan kepada laman portal lain bertujuan untuk menambahkan maklumat serta sebagai rujukan kepada para pelayar portal ini. Pihak 1MPB tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kecuaian dan kehilangan maklumat atas penggunaan portal luaran tersebut. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web lain yang dipautkan kepada portal 1MPB ini.
Webmaster Polisi Privasi Terma Penggunaan Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0 dan Mozilla Firefox 4 dan keatas dengan resolusi 1280 x 720
Hakcipta 2015 © www.1Pengguna.com Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Jumlah Pelawat :

44,485,299

Pelawat Hari Ini : 4,172 Pelawat Minggu Ini : 34,434 Pelawat Bulan Ini : 78,395