Kewangan - Prinsip Meminjam
PRINSIP MEMINJAM "Nak pinjam ke tak nak pinjam..." Semua pinjaman, sama ada pinjaman kereta, pinjaman rumah atau pinjaman peribadi, terdiri daripada tiga komponen utama: Kadar faedah Terdapat dua jenis kadar faedah Kadar tetap Tetap dan tidak berubah. Jika kadar faedah tetap ialah 6% setahun, ia akan kekal 6% setahun sepanjang tempoh pinjaman. Kadar boleh ubah Boleh bertukar mengikut masa dan biasanya ditetapkan pada kadar pasaran standard, seperti Kadar Pemberian Pinjaman Asas, BLR (BLR terkini = 6.75%). Sebagai contoh, anda mungkin mengambil pinjaman dengan kadar boleh ubah pada BLR + 1%. Ini bermakna, anda perlu membayar tambahan satu peratus kepada BLR atau berjumlah 7.75% setahun. Jenis-jenis pinjaman Bercagar Tidak bercagar Tempoh pinjaman Prinsip asas meminjam Berikut adalah beberapa prinsip asas meminjam. Prinsip 1: Meminjam untuk sesuatu yang anda perlukan - bukan yang anda mahukan. Anda hanya perlu meminjam untuk suatu yang anda benar-benar perlu tetapi tidak mempunyai duit tunai untuk membayarnya. Sebagai contoh, untuk membeli rumah, untuk membiayai pendidikan lanjutan anak-anak dan untuk membeli sebuah kereta. Prinsip 2: Meminjam sejumlah duit di dalam kemampuan anda untuk membayar balik. Ramai orang terlebih memberi komitmen dalam hutang kerana menyangka bahawa ekonomi akan terus berkembang dan situasi yang baik akan terus kekal. Tidak perlu dikatakan, bila tiba masanya, mereka ini akan menghadapi kesukaran untuk membuat bayaran balik dan perampasan kereta dan harta mula dikuatkuasakan. Prinsip 3: Elakkan daripada meminjam untuk membiayai aset yang susut nilai Aset yang susut nilai adalah harta yang hilang nilainya mengikut masa, seperti kereta (melainkan jika anda melabur dalam kereta klasik), perabot dan kebanyakan barang dan peralatan rumah. Barangan ini akan susut nilai dengan cepat sementara pinjaman anda berkurangan dengan agak lambat. Dalam situasi di mana anda tidak dapat menjelaskan hutang, barangan tersebut akan dirampas dan anda mesti menambah nilai yang kurang kerana aset susut nilai anda tidak cukup untuk menjelaskan baki pinjaman. Cuba membeli barang-barang ini secara tunai dari simpanan anda daripada meminjam. Jika tidak, jangan beli (melainkan ia akan menguntungkan perniagaan anda!) Prinsip 4: Elakkan Daripada Menjadi Penjamin Sseeorang penjamin bertanggungjawab menjelaskan pinjaman dalam hal apabila peminjam mungkir membayar balik pinjaman atas apa sahaja alasan. Melainkan seorang itu bersedia untuk menunaikan tanggungjawab ini, elakkan diri anda daripada menjadi penjamin. Prinsip 5: Peminjam Mempunyai Komitmen Moral dan Mutlak Untuk Membayar Balik Jika anda menghadapi kesukaran untuk membayar balik, berbincanglah dengan pemberi pinjaman agar dapat membuat pelan bayaran balik yang munasabah tetapi jangan sesekali diam atau lari dari membayar hutang pinjaman. Jika anda merasakan tidak mampu untuk membayar hutang pinjaman maka elakkan diri dari meminjam. Kesimpulan Jika anda perlu pinjam, pinjamlah! Walaubagaimanapun, pastikan anda sudah jelas memahami prinsip-prinsip meminjam sebelum memberi komitmen padanya. Setelah anda meminjam, hakikatnya anda telah membuat komitmen untuk membayar balik dan pastikan diri anda, sebagai seorang yang bertanggungjawab, menunaikan komitmen tersebut pada setiap masa. Info dari : http://www.akpk.org.my |





















