Teknologi - Tip Penjagaan Komputer Riba


 teknology

TIP PENJAGAAN KOMPUTER RIBA (LAPTOP)

1. Bateri

  • Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik.
  • Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
  • Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
  • Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
  • Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.

  • Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
  • Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
  • Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD

  • Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan screen saver.
  • Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in ... minutes'.
  • Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
  • Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel'.

4. Haba Panas

  • Pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas.
  • Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector

  • Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
  • Disyorkan untuk diguna bagi menjaga perkakasan dalaman komputer riba.
  • Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga  pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (Power Supply).

6. Port

  • Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan berus atau berus gigi lama.
  • Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.



  Jumlah Pelawat Hari Ini : 940   Jumlah Pelawat Minggu Ini : 26199   Jumlah Pelawat Bulan Ini : 109281   Jumlah Pelawat : 1775653
Hakcipta 2011 ©www.1Pengguna.com Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0 dan Mozilla Firefox 4 dan keatas dengan resolusi 1280 x 720