Bahasa :: W3C ::
 
 
 
 
 



Teknologi - Tip Keselamatan Peranti Mudah Alih


 teknology

TIP KESELAMATAN PERANTI MUDAH ALIH

Telefon pintar, telefon sel, dan PC pegang tangan boleh juga dijangkiti virus dan masalah ini semakin meningkat berbanding dahulu. Peranti mudah alih anda boleh dijangkiti virus semasa anda memuat turun program atau fail yang telahpun dijangkiti. Dalam kes telefon bimbit, ini mungkin bermaksud memuat turun gambar, klip video, nada dering, tema telefon, atau program-program lain.

Virus mudah alih boleh juga merebak melalui telefon bimbit yang dilengkapi Bluetooth, teknologi yang membolehkan anda memindah data antara peranti yang berbeza, contohnya menghantar foto dari telefon sel anda ke pencetak anda atau memindah alamat yang disimpan dalam peranti anda. Jika anda mendayakan Bluetooth dalam peranti mudah alih anda dan dalam "mod boleh dikesan", dan anda berada dalam jarak 30 kaki dari peranti yang dijangkiti dan mempunyai Bluetooth yang juga didayakan dan mempunyai sistem operasi yang sama dengan anda, maka telefon bimbit anda boleh dijangkiti.

Berikut adalah tip untuk membantu melindungi diri dari virus mudah alih:

  • Hanya muat turun atau terima program dan kandungan (termasuk gambar, klip video, nada dering, tema peranti mudah alih dan permainan) daripada sumber yang anda percayai. Cadangan yang disyorkan untuk penggunaan komputer secara selamat juga tertakluk semasa anda melayari internet, menghantar e-mel atau memuat turun program menggunakan peranti mudah alih. Jika anda tidak tahu dari siapa lampiran itu atau jika anda tidak menjangkakannya, jangan buka atau muat turun langsung.

 

  • Jika telefon anda dilengkapi dengan Bluetooth, padamkannya atau tetapkan pada mod tidak boleh dikesan semasa anda tidak menggunakannya. Hanya terima data yang datang daripada sumber yang anda percayai. Untuk maklumat lanjut, lihat arahan yang disertakan dengan peranti mudah alih anda.

 

  • Jika telefon anda dilengkapi dengan pancaran inframerah, hanya benarkannya menerima pancaran yang datang semasa anda menerima data dari orang yang anda percayai.

 

  • Muat turun dan pasangkan perisian antivirus bagi peranti mudah alih anda.

 

  • Ingat untuk menjaga telefon anda atau peranti tangan lain seperti mana anda menjaga dompet anda, terutamanya di kawasan yang terdedah kepada pencuri.

 

  • Kunci atau lindungi peranti mudah alih anda dengan kata laluan, jadi jika anda kehilangan peranti mudah alih anda, pencuri itu akan mengalami kesukaran untuk membuat panggilan telefon atau mengakses maklumat peribadi yang mungkin anda simpan di dalamnya.

 

 

Info dari: http://www.esecurity.org.my