Kewangan - Kredit
Kemudahan kredit boleh diperolehi dari berbagai-bagai sumber. Antaranya adalah seperti berikut:
Overdraf Bank
- Disifatkan sebagai pinjaman paling murah dengan syarat anda mempunyai akaun semasa dengan bank tersebut.
- Jumlah pinjaman dan bayaran bergantung kepada bank dan diuruskan melalui akaun anda.
- Pembayaran balik akan dikira sebaik sahaja anda memasukkan wang ke dalam akaun anda.
Pinjaman Bank Biasa
- Diberikan kepada pelanggan-pelanggan bank sahaja dan dalam jumlah yang besar.
- Persetujuan bersama hendaklah diperolehi sebelum bayaran balik dibuat.
Pinjaman Peribadi
- Sesiapa sahaja layak untuk mendapat pinjaman dan memerlukan jaminan daripada orang yang bukan menjadi kakitangan bank.
Buku Hutang (Akaun)
- Ditawarkan oleh kebanyakan kedai-kedai runcit yang membenarkan pengguna yang dikenali dan dipercayai untuk membeli secara hutang pada tahap yang tertentu.
Kad-kad Kredit
- Dikeluarkan oleh bank, syarikat kewangan atau syarikat tanda kredit yang membenarkan anda membuat pembelian secara kredit atau pengeluaran tunai dengan had-had yang tertentu.
- Penyata akaun kad kredit yang menunjukkan sebarang transaksi yang berlaku dan jumlah baki hutang akan dihantar kepada pengguna setiap bulan.
- Pengguna boleh memilih untuk membuat bayaran balik bulanan minimum atau pun bayaran sepenuhnya.
- Kadar faedah dan caj-caj lain yang dikenakan adalah berbeza-beza di antara pengeluar-pengeluar kad kredit. Oleh itu, berhati-hati dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh sesuatu pengeluar.
- Pembayaran yang lewat akan dikenakan denda.
- Terdapat pasaraya-pasaraya dan stor-stor yang mengeluarkan kadnya sendiri.
Kad Caj
- Kad caj pada umunya memerlukan penggunanya menjelaskan bayaran secara sekaligus bagi jumlah pembelian yang dilakukan dalam tempoh satu bulan. Bayaran secara ansuran biasanya tidak dibenarkan.
Pinjaman Peribadi Syarikat Kewangan
- Kemudahan pinjaman biasanya diatur oleh syarikat kewangan masing-masing bagi membolehkan anda membuat pembelian terhadap barang tertentu dan biasanya kadar faedah adalah lebih tinggi berbanding kadar faedah yang dikenakan oleh bank-bank.
Kredit Secara Pesanan Pos
- Menjual barang dengan pesanan melalui pos. Tempahan boleh dibuat melalui pos. Kadang kala, penjual menganggapnya sebagai tidak dikenakan faedah sekiranya dijumlahkan secara keseluruhan, jumlahnya mungkin tinggi.
Info dari: Buku Panduan Pengguna (Edisi Kelima), KPDNHEP |