Mengenai 1MPB
Portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) merupakan portal kepenggunaan yang
interaktif dan berinformasi yang memberi manfaat kepada pengguna dalam
mendapatkan panduan kepenggunaan. Portal ini merupakan saluran alternatif
pengguna untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan melalui ruangan interaktif
seperti forum, blog, laman sembang dan soal jawab bersama YB Menteri Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Pengguna juga boleh mengikuti perkembangan semasa harga lebih 100 barangan
keperluan pengguna di seluruh negara melalui aplikasi Pricewatch.
Pricewatch membantu pengguna merancang perbelanjaan secara bijak dengan membuat
perbandingan harga dan mengetahui premis berhampiran yang menawarkan harga
barangan berpatutan.
Portal ini juga menyediakan kemudahan perkhidmatan aplikasi SMS kepada pengguna seperti berikut:
- SMS Daftar Ahli Portal 1MPB
- SMS Semakan Harga Barangan
- SMS Langganan Harga
- SMS Aduan
- SMS Tuntutan Tribunal
Melalui portal 1MPB ini, pelbagai informasi dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh pengguna di Malaysia. Jadilah pengguna bijak!































